Wednesday 18 May 2011

Kad Hari Guru




Kek Coklat Kukus

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (ganti dgn butter lgi sedap !)
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur





Cara memasak :

1. campur koko, gula, susu cair, susu manis, dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut
2. tutup api biarkan adunan suam tepung
3. soda bikarbonat dan baking powder di ayak
4. telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi
5. gaul rata dan campur tepung
6. gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik ( tuang dlm 1/2 acuan sahaja )
7. tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap
8. kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan

Tuesday 17 May 2011

Scone Malaysia


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan gula halus
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
100gm mentega
1/4 cawan susu cair / segar

Cara membuatnya:
1. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
2. Potong mentega dadu kecil dan campurkan dgn tepung gandum & baking powder, campurkan bahan ini menggunakan hujung jari jangan ramas je. Adun menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan gula halus, telur ayam (pukul sekejap dulu), esen vanila dan susu cair dan adun hingga menjadi doh (pastikan susu jangan tuang semua, sikit2 manala tahu adunan terlebih cecair nanti melekit) dan bila diuli tidak melekat pada tangan.
4. Panaskan oven 180'C.  Bulat-bulatkan serta leperkan adunan di atas dulang pembakar yang telah dilencer mentega. Bakar selama 15 minit hingga scone tu merekah sikit.. Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama jem atau mentega dan teh panas...macam kat Brarat Chemeron Highland!

Monday 16 May 2011

Sup Ayam Ringkas


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
5 biji bawang merah - tumbuk halus
3 biji bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus
1 kiub sup bunjut knorr
1 kiub ayam
2 biji tauhu
2 liter air
200gm taugeh
1 biji carrot
200gm kobis - potong halus
2 biji kentang - potong dadu

Cara memasaknya:
1. Isi air dalam periuk, masukkan ayam, bwg merah, putih, halia rebus hingga mendidih.
2. Masukkan kiub sup bunjut & ayam serta kentang, carrot & tauhu.
3. Bila dah ayam lembut dan masak masukkan kobis,taugeh, garam & serbuk perasa dan boleh dihidangkan.
Biasanya kami selalu makan dengan bihun maka jadilah bihun sup!

Sunday 15 May 2011

Lompat Tikam


Bahan Lapisan Bawah
1 cwn tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cwn santan kotak - bagi cair
1/2 cawan jus pandan campurkan pewarna hijau sikit
1 sudu kecil air kapur
Secubit garam

Caranya:
1. Panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang.
2. Masukkan bahan2 kedalam periuk dan maasakkan hingga ia likat kan tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus selama 15 minit.

Bahan Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan kotak - sederhana pekat
secubit garam

Caranya:
1. Campukan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan hingga likat dan terus tuangkan kedalam loyang lapisan bawah (hijau) tadi. Kukuskan lagi hingga 30 minit.
2. Sejukkan dalam peti sejuk dan baru potong. Tuangkan air gula melaka dan pulut merah jika sukee.. sebab sy org S'gor cuka makan cam tu jee.. cubalah

Saturday 14 May 2011

Muffin Pisang Coklat Chips


Bahan-bahannya:
1/4 minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 biji telur ayam
1/4 cawan susu
3 biji pisang masak - pisang berangan - dilenyek2 hingga hancur
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonet
1/2 cawan coklat chips

Cara membuatnya:
1. Campurkan dalam mangkuk, minyak jagung, gula perang, susu & telur. Pukul bersama bila dah sebati campurkan pisang lecek.
2. Kalau sebati dan campukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonet dan coklat chip hingga sebati.
3. Panaskan oven dan masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas (1/2 mangkuk kertas shj) dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 min.

Wednesday 11 May 2011

Bubur Jagung & Keledek


Bahan-bahannya:
500gm jagung - beli dipasaraya
200gm keledek - kupas potong dadu
1 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu kecil
300ml santan kotak
1 liter air
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara memasaknya:
1. Rebus jagung, keledek & sagu dalam periuk hingga lembut.
2. Masukkan gula, secubit garam dan daun pandan.
3. Akhir sekali masukkan santan dan didihkan. Tutup api dan siap untuk dimakan...

Sunday 8 May 2011

Masak Lemak Labu ManisB


Bahan-bahannya:
500gm labu manis
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit udang kering
1 liter air
200gm santan kotak
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:
1. Potong labu bentuk dadu dan basuh.
2. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, udang kering & cili api - jika suka
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yg baru ditumbuk hingga wangi dan masukkan labu.
4. Masukkan air sedikit, masak hingga labu lembut.
5. Bila lembut masukkan serbuk perasa, garam dan santan kotak. Tutup api dan hidang.

Friday 6 May 2011

Air Longan Special


Bahan-bahannya:
1 tin longan
1 liter air sejuk
1/2 cawan Air gula melaka
Ketulan Ais

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan kedalam jug atau mangkuk besar, kacaukan sebati dan boleh dinikmatinya.

Thursday 5 May 2011

Tomyam SteamboatB

Bahan-bahan rebus:
2 pek pes Tomyam Maggie
1 batang serai
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 liter air

Isi steamboat:
Bebola ayam
Bebola sotong
Sosej
Isi Ayam
Karrot & Baby corn

Cara memasak:
Sangat mudah, masukkan air kedlm periuk steamboat dan masuk semua bahan rebus. Bila sudah mendidih, masukkan isi steamboat hingga masak. Bila masak apa lagi ambil mangkuk bolehlah start makan. Hari tu kami makan dengan bihun! Cubalah.

Wednesday 4 May 2011

Kari Ayam Kerisik


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 dan bersihkan
5 ulas bawang merah - potong halus
3 ulas bawang putih - potong halus
1 inci halia - potong halus
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kerisik
3 biji kentang
20 helai daun kari
1 cawan susu cair
5 cawan air
1/2 cawan minyak masak
garam & serbuk perasa

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih & halia hingga naik bau kemudian masukkan serbuk kari + air sedikit dan tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam kacau sebati dan masukkan air didihkan sebentar.
3. Masukkan kentang yang telah di belah sedang, kerisik dan daun kari.  Didihkan hingga masak.
Tanda ayam dah masak ialah daging ayam tu mengecil drp size sebelum masak.
4. Akhir sekali masukkan susu cair, garam dan serbuk perasa. Didihkan sebentar serta dikacau dan tutup api. Sedia untuk dimakan dengan nasi atau roti canai segera!

Tuesday 3 May 2011

Steamboat Ringkas


Bahan-bahannya:
Untuk sup
1 pek set sup ayam & cendawan Knorr
1 biji kiub ayam
2 liter air panas
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan untuk dicelur: -ikut suka..
Bebola ayam
Bebola sotong bersayur
Pohpia sotong
Sosej/hotdog
Isi ketam
Baby corn
Carrot - potong ikut suka

Cara menyediakkannya:
1. Mudah sangat. Masukkan 2 liter air panas dalam periuk steamboat (kalau tak ada periuk ni, guna je periuk tenggek dat dapur pun boleh) dan masukkan pek sup ayam & cendawan, kiub ayam, bawang putih & merah. Masak hingga didih.
2. Masukkan semua bahan2 yang untuk dicelur, kalau tak muat periuk masukkan secara berperingkat.
3. Bila dan masak (ianya akan terapung) ambil mangkuk dan boleh dihidangkan bersama sup dan sos cili.
Resipe ni sesuai untuk orang yang nak diet!

Friday 29 April 2011

Pudding Roti Coklat



  
Bahannya:
10 keping roti gardinia
600ml susu cair
1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan gula
2 biji telur ayam
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung.

Cara membuatnya:

1. Lenserkan loyang dengan mentega. Roti di potong empat dan susun dalam loyang.
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula, esen vanila, pukul sebati dan masukkan mentega, tepung jagung dan susu cair. Gaul sebati dan tuangkan kedalam loyang. Tekan2kan roti dalam adunan yang dituang tadi dan taburkan coklat chip.
3. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.  Tunggu sejuk dan potong, sedia untuk dihidangkan.

Thursday 28 April 2011

Air Cendol MyDad

Bahan:
2 pek cendol - bilas & toskan
1 tin susu cair
100ml santan kotak
1 liter air sejuk
Ais Batu
Air Gula Melaka - 500gm + air rebus + daun pandan (rebus sampai mendidih)

Cara menyediakannya:
1. Campurkan cendol dalam bekas/mangkuk besar, susu, santan dan air. Gaulkan sebati.
2. Masukkan ais batu dan jika mahu minum baru campukan air gula merah.. selamat mencuba .. senang je!

Macaroni Goreng Caraku

Bahan:
500gm macaroni - rebus hingga masak (campurkan sedikit minyak & sedikit garam)
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
4 ulas bawang putih
8 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 cawan air panas
1 biji tomato - potong dadu kecil
250gm isi ayam - potong kecil
10 biji fishball - potong kecil
2 biji tauhu - potong kecil
200gm daun bawang
150 gm taugeh
200 gm kobis
3/4 cwn minyak masak untuk menumis
garam & gula
Serbuk perasa

Cara Menyediakannya:
1. Tumiskan bawang merah, putih hingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam, fish ball & tauhu, tumiskan sebentar dan masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis dan air panas. Biarkankan seketika.
2. Masukkan macaroni, daun bawang, taugeh & kobis, gaulkan. Kemudian masukkan garam, gula & serbuk perasa.  Gaulkan sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Friday 1 April 2011

Mee Goreng Basah

Bahan:
1 pek mee kuning - basuh & toskan
1 biji bawang besar - potong kiub
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
8 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis.
200 gm isi ayam - dipotong 
10 biji fish ball - dipotong
taugeh
Sawi
kiub ayam
garam & gula

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bwg besar & bwg putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, fishball & tauhu, goreng rata.  Kemudian masukkan cili sos, sos tiram, kicap manis dan tumis sebentar dan masukkan kiub ayam, garam & gula serta sedikit air.
3. Masukkan mee dan kacau sebati serta kecilkan api dapur.
4. Akhir sekali masukkan sawi & taugeh.  Kacau dan matikan api dapur.  Siap untuk dihidangkan.

Tuesday 29 March 2011

Pankek Pisang

Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu teh baking powder
3 biji pisang masak - di lecek
3/4 cawan susu segar / cair
2 sudu besar gula pasir / perang

Cara Menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan pemukul telur hingga sebati.
2. Panaskan kuali, kalau boleh gunakan kuali tidak melekat dan leper bagi menghasilkan pankek yang cantik.
3. Letakkan sedikit butter, tuangkan sesenduk adunan dan masakkan. Pastikan ditebalikkan kedua-dua belah pankek.. jangan hangus ye.
4. Bila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan sos coklat / kaya / jem

Monday 28 March 2011

Talam Suji

Bahan Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
3/4 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit warna kuning


Bahan Lapisan Atas:
3 cawan santan cair
1 cawan santan peklat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air gula merah pekat


Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan lapisan bawah kedalam periuk dan masakkan dengan api yang kecil.  Pastikan sentiasa kacau rata.  Bila dah pekat masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lecer dengan minyak masak.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
3. Untuk bahan lapisan atas, campukan kesemua bahan dan tapis serta tuangkkan ke dalam loyang yang ada lapisan bawah di kukusan.  Kukus selama 30 minit atau hingga lapisan atas keras.  
4. Bila sudah masak bukakan penggukus supaya air tidak bertakung di atas kuih.  Sejukkan dan bolehlah dipotong serta dihidangkan

Friday 25 March 2011

Chocolate Cupcake


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 st soda bikarbonat
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan butter
1 st esen vanila
1/2 cawan susu
1/4 cawan coklat cip

Cara :
- pukul telur hingga kembang dan pada masa yang sama dibekas yang lain masukkan gula dan butter pukul hingga kembang.
- kemudian, campurkan kedua-dua bahan tersebut. gaul hingga sebati.
- masukkan serbuk koko , soda bikarbonat , susu dan esen vanila. gaul adunan serta masukkan tepung sedikit demi sedikit .
- akhir sekali, masukkan coklat chip. gaul sehingga sebati ( jangan gaul lama-lama! )
- masukkan adunan kedalam acuan ( exp.mangkuk kertas ), bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit shj.

Sunday 20 March 2011

Chocolate moist cake !





Chocolate Moist Cake 
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
 1 2/3 cawan tepung gandum 
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
3 biji telur

Cara2 : 
-Campurkan semua bahan A dalam periuk. 
-Gunakan teknik double boiling , panaskan hingga sebati dan sejukkan.
-Bila dah sejuk bahan A , pukul telur hingga kembang dan campurkan bahan A dan B.
-Kaup balik dengan sudip.
-Lenserkan loyang dengan butter / minyak.
-Tuangkan adunan ke loyang dan bakar ke dalam ketuhar 
-Tetapkan suhu 180c selama 30 minit

Ganache Chocolate 
Bahan
25g glukos air
250g whipping cream
25g mentega
250g coklat masakan ( ptg kiub2 kecil )

Cara2 : 
-Panaskan glukos air, whipping cream, vanilla dan mentega
-Matikan api
-Masukkan coklat masakan dan kacau sehingga larut

Thursday 17 March 2011

Apam Blossom

Apam ni memang our favourite...you should try it at ur dapur!



Bahan2nya mudah aje...

300gm tepung gandum
250gm gula pasir
1 st baking powder
1 st ovellet
2 biji telur ayam
200ml air
2 sb susu pekat
1 st esen vanilla
pewarna - ikut suke ye..

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk, putar hingga kembang.
Bahagikan pewarna ikut suke.  Masukan ke dlm mangkuk kertas dan kukus 10 min.. senangkan