Wednesday 16 September 2015

Oh Jerebu...kau datang lagi!!!

Jerebu datang lagi... dah macam wajib pula setiap tahun kita terpaksa melalauinya.
Tahun ni agak kabus sikit dah macam di Cameron Hightland walaupun kita di tanah biasa2 je.. bezanya tak sejuk tapi panazzz...
Minggu ni anak kecil ku dah mula batuk2, selsema dan demam.. paling ku khuatiri anak istimewaku Adrianna.. takut klu demam boleh kena Sawan..
Banyakkan minum air kosong... tp air sejuk2 gak diteguk kan.. Apa pun harap sgt2 Kerajaan Indonasia kotakan janji2 pastikan penduduk mrk tidak suka2 bakor2 tuk pertanian tanpa kawalan.. Padahnya seantero asia berjerubu..


Tuesday 11 December 2012

Berapakah yang patut kita beri Sumbangan RM semasa majlis kawin?

Selalu bertanya pada diri sendiri, kenapa kita perlu salam RM semasa kita pergi ke jemputan Majlis Perkahwinan... lalu terfikir juga, mungkin untuk meringgankan beban tuan rumah sebab kadang2 kos katering sekarang ni memang costing skt maklumlah semua dah naik, nak cari yg murah nanti hampeh pulak makananya kan. Bila guna khidmat katering, biasanya quantiti makanan mengikut jemputan. Kalau kad 300 maka x 2lah jadi 600 - 700 pax.  Tapi kadang2 jemputan kita dtg serombongan, selagi ada kat rumah semua nak bawa.. tak pa klu nak bawa tapi pada2lah masa nak bersalam..

Tak kan lah RM2 ke RM5 ke atau RM10 ke...faham2 la kan klu kos katering sekepala dah RM15.... maka RM50 tu memadailah sgt2..  Saya hairan orang Melayu ni, kedekut sgt nak memberi sumbangan.  Datang dgn BMW, Estima, Alpard..gelang sampai ke siku tapi bila bersalam...RM10 je...eh eh eh...kelakar betul.  Klu org Melaka dulu2 klu nak memberi sumbangan siap daftar nama dan berapa RM.. sebab tu adalah hutang tuan rumah kpd org yg menyumbang.. jadi tuan rumah pun kenalah beringat..klu org beri RM50 maka RM50 lah kena salam..tapi org tu beri RM2...adakah kita juga begitu???

Jadi kita sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan harap2 jgnlah terlalu berkira2 nak memberi sumbangan...klu tak ada duit pun jgnlah RM10 je dan bawa seisi keluarga lagi! tak gitu!! fikir2kan

Monday 16 July 2012

Ramadhan datang lagi...

Kita akan menyambut Ramadhan dan sekali gus menjalankan ibadah berpuasa.  Alhamdulillah dapat kita dapat bertemu dgn Ramadhan 2012/1433H.  Insyallah tahun ini dapatlah saya memasak juadah berbuka & bersahur untuk keluarga tersayang.  Kadang2 tak sempat.. bazar ramadhan lah kita bershopping makanan klu my hubby ada budget kami berbuka puasa di luar.  Bulan Ramadhan ni terkenangkan arwah ayah.. dan mak di kampung spt biasa tak mahu tinggalkan rumah.katanya...nanti arwah balik rumah tak ada org!!!..kesian mak.

Kepada semua.. kami sekeluarga ucapkan selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak!! dan selamat memasak....

Wednesday 18 May 2011

Kad Hari Guru




Kek Coklat Kukus

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (ganti dgn butter lgi sedap !)
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur





Cara memasak :

1. campur koko, gula, susu cair, susu manis, dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut
2. tutup api biarkan adunan suam tepung
3. soda bikarbonat dan baking powder di ayak
4. telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi
5. gaul rata dan campur tepung
6. gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik ( tuang dlm 1/2 acuan sahaja )
7. tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap
8. kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan

Tuesday 17 May 2011

Scone Malaysia


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan gula halus
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
100gm mentega
1/4 cawan susu cair / segar

Cara membuatnya:
1. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
2. Potong mentega dadu kecil dan campurkan dgn tepung gandum & baking powder, campurkan bahan ini menggunakan hujung jari jangan ramas je. Adun menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan gula halus, telur ayam (pukul sekejap dulu), esen vanila dan susu cair dan adun hingga menjadi doh (pastikan susu jangan tuang semua, sikit2 manala tahu adunan terlebih cecair nanti melekit) dan bila diuli tidak melekat pada tangan.
4. Panaskan oven 180'C.  Bulat-bulatkan serta leperkan adunan di atas dulang pembakar yang telah dilencer mentega. Bakar selama 15 minit hingga scone tu merekah sikit.. Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama jem atau mentega dan teh panas...macam kat Brarat Chemeron Highland!