Friday 29 April 2011

Pudding Roti Coklat



  
Bahannya:
10 keping roti gardinia
600ml susu cair
1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan gula
2 biji telur ayam
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung.

Cara membuatnya:

1. Lenserkan loyang dengan mentega. Roti di potong empat dan susun dalam loyang.
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula, esen vanila, pukul sebati dan masukkan mentega, tepung jagung dan susu cair. Gaul sebati dan tuangkan kedalam loyang. Tekan2kan roti dalam adunan yang dituang tadi dan taburkan coklat chip.
3. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.  Tunggu sejuk dan potong, sedia untuk dihidangkan.

Thursday 28 April 2011

Air Cendol MyDad

Bahan:
2 pek cendol - bilas & toskan
1 tin susu cair
100ml santan kotak
1 liter air sejuk
Ais Batu
Air Gula Melaka - 500gm + air rebus + daun pandan (rebus sampai mendidih)

Cara menyediakannya:
1. Campurkan cendol dalam bekas/mangkuk besar, susu, santan dan air. Gaulkan sebati.
2. Masukkan ais batu dan jika mahu minum baru campukan air gula merah.. selamat mencuba .. senang je!

Macaroni Goreng Caraku

Bahan:
500gm macaroni - rebus hingga masak (campurkan sedikit minyak & sedikit garam)
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
4 ulas bawang putih
8 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 cawan air panas
1 biji tomato - potong dadu kecil
250gm isi ayam - potong kecil
10 biji fishball - potong kecil
2 biji tauhu - potong kecil
200gm daun bawang
150 gm taugeh
200 gm kobis
3/4 cwn minyak masak untuk menumis
garam & gula
Serbuk perasa

Cara Menyediakannya:
1. Tumiskan bawang merah, putih hingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam, fish ball & tauhu, tumiskan sebentar dan masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis dan air panas. Biarkankan seketika.
2. Masukkan macaroni, daun bawang, taugeh & kobis, gaulkan. Kemudian masukkan garam, gula & serbuk perasa.  Gaulkan sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Friday 1 April 2011

Mee Goreng Basah

Bahan:
1 pek mee kuning - basuh & toskan
1 biji bawang besar - potong kiub
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
8 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis.
200 gm isi ayam - dipotong 
10 biji fish ball - dipotong
taugeh
Sawi
kiub ayam
garam & gula

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bwg besar & bwg putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, fishball & tauhu, goreng rata.  Kemudian masukkan cili sos, sos tiram, kicap manis dan tumis sebentar dan masukkan kiub ayam, garam & gula serta sedikit air.
3. Masukkan mee dan kacau sebati serta kecilkan api dapur.
4. Akhir sekali masukkan sawi & taugeh.  Kacau dan matikan api dapur.  Siap untuk dihidangkan.